Only About Contests

What you can find here are only about the online contests. If you want to read other entries, please visit my other blog;
A Transformed Housewife.

Click here to view nice gifts

Followers

Watch this and please like this

Tuesday, March 29, 2011

Odahone GIveawayI Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya

Salam,

Jom ramai2 cuba nasib untuk GA ni sbb hadiah2nya memang menarik. Nak tahu lebih lanjut? Tengok banner dan klik kat link:
klik SINI kalau nak tengok blog penganjur

Saya nak tag:
Kak Yong
Nadiah

Friday, March 25, 2011

Telekung Jersey GA

Salam,

Berminat nak menang telekung Jersey? Ini ada satu GA menarik dari Diyana (dia ni junior sy masa kat SMSAH). Mak Diyana ni seorang tukang jahit yg berbakat. Yang menariknya, telekung2 yg dibuat adalah berdasarkan tempahan. Jadi memang istimewala setiap telekung yang dihasilkan tu. Nak tengok contoh?

Ini satu contoh yang saya ambil dari blog Makcik Siah sekeluarga ni:




Kain Jersey ni memang selesa kan. Jadi sesuai untuk dibuat telekung sembahyang. Untuk budak2 pun ada macam-macam saiz. Oh ye, untuk GA ni, saya perlu tempek gambar saya memakai telekung. Adala satu gambar ni yg rasanya sesuai kot untuk GA ni.

Keterangan gambar: Masa ni kami masih di Hamilton, New Zealand. Ini masa Raya Aidiladha dan memang setiap tahun kami ikut sembanhyang raya kat tengah2 padang kat Hamilton Garden.

Thursday, March 24, 2011

Chanteq berHIjab

Salam,

Anda pakai hijab? Suka dengan fesyen2 terkini? Jomla cuba nasib dalam GA ni.
tengok link kat SINI

Kena tempek gambar kita berhijab. Jadi saya pilih gambar ni:

Itu saja. Senang kan?

Sunday, March 20, 2011

Look a Like Contest by UmmiAqeef and Mom's Diary

Salam,

Contest yang seterusnya  yang saya ingin cuba nasib ialah "Look a Like Contest". JOm tengok banner dan link kat bawahnya:

link kat SINI


Gambar untuk contest ni ialah:
Nama ayah: Ariff bin Khalid.
Nama anak: Hafizah bt. Ariff.
Umur anak: 3 tahun.

Saya perlu tag 2 org rakan. Jadi saya pilih:
Yatie Chomeyl
K.Ijan


Saturday, March 19, 2011

Contest Photo Anakku Ceria

Salam,

Dah banyak hari tak sempat nak masuk contest. Hr ni baru dapat cari masa kejap. Jadi, nak cuba contest ni:

Jengah kat SINI utk tengok contest ni


Gambar anak saya yg ceria pula ialah:

Nama ibu: Nuradyani Rosly
Nama anak" Hafizah Ariff.
Umur: 3 tahun.

3 org rakan yg hendak ditag ialah:
Yatie Chomeyl
Kak Yong
K.Ijan


Saturday, March 12, 2011

Sweet Couple with Sweet Story Contest

Salam,

Rasa tertarik dengan contest ini. Terus saya teringin nak cuba berkongsi cerita kami dolu2. Sblm saya ceritakan kenangan manis  kami, perlulah ditempekk dulu banner dan link:

link kat SINI

Cerita romantik kami (mungkin tak berapa romantik tapi bolehla kot)

Kami mula berkenalan sewaktu kami sama-sama menjadi ahli Kelab Taekwondo PPP/ITM, Shah Alam. Oleh kerana kami sama-sama di peringkat tali pinggang berwarna hijau (peringkat ke 3), kami selalu disuruh untuk menjadi "Sparring partner". Maknanya kami selalu perlu berlawan, menendang target dan juga mengingati steps yang sama apabila kami nak menjalani ujian kenaikan tali pinggang. Jadi oleh kerana selalu dipasangkan berdua, lama-lama dari sepakan, tendangan dan pukulan tu dah jatuh ke hati. hehehehe. Yang peliknya, kawan2 yang sama-sama dalam kelab tersebut boleh tak perasan yang kami dah jadi lebih dari kawan kerana kami selalu "dating" dalam kumpulan. Kami selalu makan hanya selepas habis latihan setiap malam Rabu dan Jumaat. Kami akan makan sama-sama dengan rakan lain di kedai makan di Seksyen 18 berdekatan dengan hostel kami.

Cuma ada sekali je, memang kami keluar berdua ke KFC. Itu pun sebenarnya saya minta rakan sebilik menemani, tapi rakan saya saat-saat akhir menolak. Jadi, kami hanya keluar berdua. Kami bukan dating pun sebab tujuan utama kami berjumpa ialah kerana saya nak mintak tolong suami (masa tu masih kawan je) membantu saya mengingati steps untuk ujian kenaikan tali pinggang keesokann harinya. Dipendekkan cerita, sehingga kini, kami sudah mengenali diri masing2 selama 14 tahun dan berkahwin selama 8 tahun. 

Kini kami bahagia dengan 2 orang anak dara kami berumur 6 tahun dan 4 tahun. Kawan2 yang sama-sama dalam kelab tersebut juga ada yang terkejut kerana tak menyangka hubungan kami berakhir di jinjang pelamin. Ada juga pasangan yang sama2 bercinta sewaktu menyertai kelab tersebut tapi kesemua hubungan mereka berakhir selepas tamat pengajian atau hanya bertahan sekejap sahaja. 


Gambar semasa sambutan ulang tahun perkahwinan ke 7. 

 Pesanan cinta:

Sayang,
Andainya bisa diundurkan waktu,
Tak mahu kuubah walaupun sesuatu,
Kerna kau dan aku seakan satu,
Dan takdir kita ditetapkan begitu,

Sayang,
Lafaz dibibir dan dihati bernada cinta,
Walaupun badai dan gelora kita tetap kita,
Mempertahankan segalanya berkongsi derita,
Moga kan bersama dalam duka dan ketawa.

Okayla saya nak tag:
Yatie Chomeyl
Kak Yong

Friday, March 11, 2011

Contest Gaya Manja Si Anak

Salam,
Tema contest ni agak unik. Sebab itulah saya tertarik nak buat entri dan cuba nasib juga dalam contest ni. Sesiapa yg lain nak cuba nasib jugak, jom tengok banner dan link:

link kat SINI


Dan gambar si manja saya:

Si manja, Hafizah kalau nak tido mesti atas riba papa dia dulu baru boleh tido dengan lena.
Nama si manja: Hafizah bt. Ariff.
Nama papa si manja: Ariff b. Khalid.
Umur si manja skrg: 3 tahun.


Saya nak tag:
Yatie Chomeyl
Kak Yong
K. Sari