Salam,
Emma dr blog
Sweet Dream, Sweet Family menganjurkan contest yg menarik ni. Jadi saya berminat juga nak berkongsi pengalaman menyusukan anak2 saya.
Tersebutlah al-kisah 5 tahun dahulu, lahirlah seorang anak yang dinamakan "Fathini". Kelahirannya amat dinanti-nantikan oleh seluruh ahli keluarga. Ibunya (sayala tu) semenjak Fathini dari kandungan lagi, tidak sabar2 untuk menyusukan Fathini. Alhamdulillah sememangnya rezeki Fathini agak banyak kerana susu saya tidak pernah putus sejak hari pertama. Selepas sepurnama (sebulanla tu), allahyarhamah bonda saya mengesyorkan supaya saya cuba mencampurkan susu ibu dengan susu formula kerana saya akan kembali bekerja barang sepurnama lagi. Hati saya mula berbelah bagi. Kekanda saya (suami) pula lebih suka saya menyusukan anak kami sepenuhnya. Situasi ketika itu, diluah mati mak, ditelan mati bapak. Fathini yang sudah biasa dengan susu ibu sahaja, menolak untuk minum susu formula. Oleh kerana kecetekan ilmu saya, akhirnya saya mencampurkan juga susu ibu dengan susu formula. Alangkah sedih rasanya apabila saya tidak cuba berkeras demi kebaikan Fathini sendiri.
Selang dua tahun empat bulan, kami dikurniakan "Hafizah". Kali ini biarpun di bumi asing (New Zealand), saya tidak mahu lagi peristiwa lama berulang. Sememangnya rezeki Hafizah juga kerana saya tidak bekerja di sini. Saya mengikut suami yang perlu menyiapkan phd di salah sebuah universiti di sini. Alangkah bahagianya kerana saya mampu menyusukan Hafizah secara eksklusif selama dua tahun dua bulan. Cuma Hafizah ada sedikit masalah kerana dia menghidapi "Ekzema". Jadi kami perlu menjaga pemakanannya dan juga perlu menjaga kulitnya yang agak sensitif. Perhubungan saya dengan Hafizah lebih rapat berbanding dengan Fathini. Tetapi sekarang setelah 3 tahun berada di bumi asing ini, saya lebih bahagia membesarkan anak2 sendiri dan yang lebih utama dapat menyempurnakan salah satu tugas ibu- menyusukan anak. Hafizah terpaksa berhenti pun oleh kerana kulit di sekitar puting payudara saya telah terkena jangkitan kuman hasil gigitan manja dari Hafizah.
Sekian sahaja al-kisah seorang ibu dengan dua orang anak daranya.
Nama anak: Hafizah binti Ariff
Nama ibu: Nuradyani binti Rosly.
Berapa lama menyusu: 2 tahun 2 bulan.
Umur anak sekarang: 2 tahun 10 bulan.
Nama anak: Fathini binti Ariff
Nama ibu: Nuradyani binti Rosly.
Berapa lama menyusu: 2 tahun. (campur dengan formula.huhu)
Umur anak sekarang: 5 tahun 3 bulan.