Rasa tertarik dengan contest ini. Terus saya teringin nak cuba berkongsi cerita kami dolu2. Sblm saya ceritakan kenangan manis kami, perlulah ditempekk dulu banner dan link:
link kat SINI
Cerita romantik kami (mungkin tak berapa romantik tapi bolehla kot)
Kami mula berkenalan sewaktu kami sama-sama menjadi ahli Kelab Taekwondo PPP/ITM, Shah Alam. Oleh kerana kami sama-sama di peringkat tali pinggang berwarna hijau (peringkat ke 3), kami selalu disuruh untuk menjadi "Sparring partner". Maknanya kami selalu perlu berlawan, menendang target dan juga mengingati steps yang sama apabila kami nak menjalani ujian kenaikan tali pinggang. Jadi oleh kerana selalu dipasangkan berdua, lama-lama dari sepakan, tendangan dan pukulan tu dah jatuh ke hati. hehehehe. Yang peliknya, kawan2 yang sama-sama dalam kelab tersebut boleh tak perasan yang kami dah jadi lebih dari kawan kerana kami selalu "dating" dalam kumpulan. Kami selalu makan hanya selepas habis latihan setiap malam Rabu dan Jumaat. Kami akan makan sama-sama dengan rakan lain di kedai makan di Seksyen 18 berdekatan dengan hostel kami.
Cuma ada sekali je, memang kami keluar berdua ke KFC. Itu pun sebenarnya saya minta rakan sebilik menemani, tapi rakan saya saat-saat akhir menolak. Jadi, kami hanya keluar berdua. Kami bukan dating pun sebab tujuan utama kami berjumpa ialah kerana saya nak mintak tolong suami (masa tu masih kawan je) membantu saya mengingati steps untuk ujian kenaikan tali pinggang keesokann harinya. Dipendekkan cerita, sehingga kini, kami sudah mengenali diri masing2 selama 14 tahun dan berkahwin selama 8 tahun.
Kini kami bahagia dengan 2 orang anak dara kami berumur 6 tahun dan 4 tahun. Kawan2 yang sama-sama dalam kelab tersebut juga ada yang terkejut kerana tak menyangka hubungan kami berakhir di jinjang pelamin. Ada juga pasangan yang sama2 bercinta sewaktu menyertai kelab tersebut tapi kesemua hubungan mereka berakhir selepas tamat pengajian atau hanya bertahan sekejap sahaja.
Gambar semasa sambutan ulang tahun perkahwinan ke 7.
Pesanan cinta:
Sayang,
Andainya bisa diundurkan waktu,
Tak mahu kuubah walaupun sesuatu,
Kerna kau dan aku seakan satu,
Dan takdir kita ditetapkan begitu,
Sayang,
Lafaz dibibir dan dihati bernada cinta,
Walaupun badai dan gelora kita tetap kita,
Mempertahankan segalanya berkongsi derita,
Moga kan bersama dalam duka dan ketawa.
Okayla saya nak tag:
Yatie Chomeyl
Kak Yong
3 comments:
sweet nye akak n husband!...
bercinta senyap2 ye...:)
akak!...thx sbb joined contest saya...gud luck...:)
Bw jemputan,nak ajak join GA di Qalish.com
http://www.qalish.com/p/bloglist-kaum-ibu.html
hye, nak menangi iPad, iPod Touch, iPod Shuffle? jom sertai contest kami http://lot.my/contest :)
PS : We know that you're crazy about contest. Gud Luck :D
Post a Comment