Ini GA pertama untuk hari ni. Menarik sbb hanya untuk yg sudah berkahwin sahaja.
Link kat SINI
Kisah klasik kami:
Lebih kurang 15 tahun dahulu semasa kami sama-sama menuntut di PPP/ITM, kami berkenalan melalui Kelab Taekwondo. Kami mula mengenali diri masing-masing apabila kami mengikuti rombongan perkhemahan kelab tersebut ke Pulau Pangkor. Kami diletakkan di dalam kumpulan yang sama. Suami saya merupakan ketua kumpulan. Pada mulanya, saya agak gerun dengan suami saya kerana raut wajahnya yang agak garang. Tapi saya berlagak selamba dan ada apa yang disuruh saya tak ikut sbb saya ni jenis yang panas baran juga. hehe. Kiranya kami hanyalah kenalan biasa dan selalu disuruh berlatih sama-sama oleh jurulatih. Kami berdua memegang tali pinggang yang sama dan selalu jadi teman "sparring". Banyak juga halangan dan dugaan kerna kami hampir-hampir berpisah apabila saya melanjutkan pelajaran ke UKM dan suami pula terpaksa ke UPM kerana dia tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negeri. (kegawatan ekonomi 1997). Tujuh tahun selepas perkenalan kami, kami disatukan dan diraikan oleh ahli keluarga pada tahun 2003.
Saya nak tag:
Yatie Chomeyl
K.Yong
1 comment:
thanx sudi join...mesti romantiskan saat tu...penuh nostalgic..
Post a Comment