Alkisah.....Ibu & Ayah Ayra bakal menyambuat ulang tahun perkahwinan mereka yg keempat bulan hadapan. Maka dengan berbesar & murah hatinya.....Ibu Ayra menjemput sahabat2 blogger untuk menyertai GA ini. Hamba pun tak nak ketinggalan untuk turut sama. Di antara syarat-syaratnya:
Perlu di TEKAN SINI
jika ada keinginan melihat blog Ibu Ayra
Syarat seterusnya...........................
Perlu ada ucapan:
Hamba berniat memberi ucapan dalam bahasa klasik akan tetapi bahasa klasik hamba
kiranya sudah agak berkarat. Jadinya, terimalah ucapan yang ada baur2 klasik ini.
Untuk tuan hamba berdua, hamba ingin memberi pantun 4 kerat.
Sungguh indah di malam hari,
Diterangi dengan bulan purnama ,
Makin lama makin berseri,
Tautan kasih untuk selama-lama.
Tuan hamba merpati dua sejoli,
Berkasih sayang tak kira usia,
Semua hasutan janganlah dipeduli,
Barulah keluarga kan aman bahagia.
Rasanya itulah sahaja ucapan ala-ala klasik hamba untuk tuan hamba. Semoga bait-bait pantun dapat memikat hati tuan hamba berdua.
2 comments:
Amin ya rabbal a'lamin....
tima kasih sudi join GA yang tak seberapa nih...gudluck!
thanks Ibu Ayra.
Post a Comment