Ceritanya lebih kurang begini. Fathini ni anak sulung saya. Pada waktu gambar ini ditangkap, dia berusia 2 thn 5 bln. Saya baru sahaja melahirkan anak kedua beberapa mg sebelum itu. Suatu hari, oleh kerana saya tidak dapat memenuhi permintaannya yg mahukan susu botolnya, Fathini pun merajuk. Dia menangis beria2 tetapi saya tidak dpt berbuat apa2 kerana sibuk menguruskan anak kedua saya yg juga tengah menangis. Selepas beberapa ketika, sesudah adik Fathini, Hafizah tidur apabila kenyang menyusu, saya tidak lagi mendengar tangisan Fathini. Rupa-rupanya Fathini sudah tertidur di luar pintu bilik dlm keadaan menonggeng! Kesiannya dia kerana dia mahukan susu botolnya kerana dia juga sudah mengantuk. Saya rasa amat bersalah sekali terhadap Fathini. Tapi pd masa yg sama tergelak juga melihat gaya tidur Fathini.
Itu saja ceritanya. Harap2 tuan punya blog berminat dgn cerita tadi ;)
Yg lain kalau nak masuk juga, sila lihat di sini.
1 comment:
Happy Birthday =)
thanks ye kak join contest..
lame dh bace entry ni tp xleh nak komen la..hehe
comel,macam adik sy namenye adib.adib pon penah tetido cmtu time kecik2 dulu..kesian kat die menangis last2 tetido..
Post a Comment